Ramadhan: Rindu di hati yang kian terubat.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warah matullah warga pembaca,
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id R.A:
“Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa yang mengerjakan Sawm (puasa) untuk satu hari kerana Allah, nescaya Allah akan menjauhkan wajahnya (orang yang berpuasa itu) dari api neraka selama (jarak yang ditempuh dalam suatu perjalanan) tujuh puluh tahun” ”. (Sahih Al-Bukhari, dari kitab Al-Lu’lu’ wal-Marjan)
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga sahajalah yang mampu untuk dipanjatkan kehadapanNya, kerana buat kesekian kalinya, kita tetap dan masih jua dipertemukan olehNya dengan bulan yang menjadi rebutan setiap dari mereka yang mu’min. Hadirnya, tanpa kita sedari dan terkadang tanpa kita peduli, namun, Allah tetap merencanakan agar bulan itu menjadi rahmat, bahkan sebesar-besar rahmat bagi setiap dari hambaNya yang yakin dan berusaha memenuhi setiap dari tuntutan yang terkandung di dalamnya. Itulah Ramadhan.
Pasti ramai dari antara kita yang tidak putus-putus mengucapkan syukur padaNya, kerana Allah, dengan rahmatNya yang Maha luas, masih lagi membenarkan kita menghirup dan menghela nafas milikNya, yang membolehkan kita terus lagi menatap dan mengubat rindu di hati pada Ramadhan kali ini.
Namun bagaimana dan apa persediaan kita bagi menghadapi hari-hari yang dirindui itu?
Bagaimana untuk kita mendapat seperti apa yang telah diungkapkan oleh Kekasih Allah di dalam sabdanya di atas? Mampukah pertemuan kita dengan Ramadhan pada esok hari, menjauhkan wajah kita dari seksaan api neraka, yang juga adalah milik Allah, seperti mana Dia memiliki Ramadhan yang mulia?
Maka atas dasar itulah, harus setiap dari kita menyedia dan mempersiapkan diri semolek mungkin untuk kita memperolehi yang terbaik daripada pertemuan kita dengan Ramadhan kali ini. Tidak cukup untuk kita sekadar menyediakan seberkas kurma buat memenuhi sunnah berbuka, dan tidak cukup dengan hanya kita berjanji temu dengan Ramadhan setiap malam di masjid sekadar menunaikan tarawih 8 atau 20 rakaat. Jika itulah yang bermain di fikiran kita sebelum menjelangnya Ramadhan, maka renungkanlah kembali. Apakah itu Sawm yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W seperti di atas? Dan cukupkan Sawm yang sebegitu sehingga Allah menjanjikan perlepasan wajah kita dari azab neraka?
Bagaimana pula dengan peringatan Rasulullah dalam sabdanya:
“Berapa banyak orang yang berpuasa, akan tetapi ia tiada memperolehi apa-apa dari puasanya itu, sekadar lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)”
(kitab Rahsia Puasa, dari kitab Bimbingan Mu’minin)
Oleh yang demikian, bagi kita yang bakal menyahut sapaan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama berdo’a dan mempersiapkan diri agar ‘madrasah’ Ramadhan yang bakal kita tempuhi selama 29 atau 30 hari ini mampu menjadi didikan yang berterusan buat kita. Begitu banyak sumber-sumber sahih dan rajih yang mampu kita teroka dan gali bagi mencari maksud persediaan menghadapi Ramadhan (yang seringkali disebut setiap kali menjelangnya Ramadhan), dan pastinya intipati yang difahami daripadanya (sumber-sumber tersebut) berbeza mengikut tafsiran dan kefahaman individu. Namun apa yang penting adalah sejauh mana kita mempraktikkannya bagi menghadapi dan menikmati hikmah Ramadhan yang Allah janjikan pada hambaNya.
Semoga, dengan datangnya Ramadhan mengunjungi umat Islam pada tahun ini, akan mencerahkan kembali sinar Islam yang semakin malap dan kelam. Dan semoga Allah, melalui barokah dan rahmahnya Ramadhan pada kali ini, mengangkat kembali maruah serta ‘izzah Islam dalam diri setiap umat Islam, khususnya di Dublin ini. Agar ianya mampu pula dijelmakan dalam kehidupan seharian kita, dan seterusnya membolehkan kita mencapai apa yang dikatakan sebagai khairul ummah ukhrijat linnas (sebaik-baik ummah yang dikeluarkan dari kalangan manusia).
Akhir kalam, marilah pada Ramadhan kali ini, kita sama-sama menjadikan rindu kita padanya, bukan sekadar rindu yang biasa, dan bukan rindu yang bakal diungkapkan lagi pada tahun-tahun yang mendatang, tetapi rindu yang kita kotakan maksud sebenar-benar rindu itu. Rindu pada Ramadhan.
Kami di PPIMI insya Allah senantiasa mendo’akan agar kita semua bakal memperolehi apa yang telah Allah tetapkan buat hambaNya yang benar-benar memenuhi tuntutan Sawm itu:
“Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwatnya, makannya, dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya sendiri”
Dan janji Allah itu janji yang benar.
“SALAM RAMADHAN”

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home