Kita hanya pemilik, bukan pencipta!
Assalamualaikum warah matullah,
Sedar atau tidak di Malaysia pada waktu ini sedang berlangsung Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman, tahniah buat MOSTI (Kem. Sains dan Teknologi Malaysia) kerana terkehadapan dalam menjayakan misi memperkenalkan kepada dunia bahawa Islam adalah “bapa kandung” kepada Sains yang pada hari ini gah dikaitkan perkembangannya dengan dunia barat. Pameran ini juga sebenarnya, jika dihayati dengan semangat yang betul, sebenarnya mampu menjadi ‘ubat’ kepada menyedarkan kembali masyarakat Islam betapa Islam yang dimiliki oleh kita pada hari ini adalah suatu jalan hidup yang syumul, merangkumi segala aspek kehidupan yang terkadang kita sering lupa.
Menyorot kembali kata-kata Syeikh Yusuf Qardhawi dalam satu khutbahnya, yang menyatakan bahawa, umat islam pada hari ini ramai yang berbangga apabila memiliki ‘gadget’ yang canggih seumpama kereta yang canggih, kapal terbang yang canggih, kapal-kapal yang canggih, termasuk telefon mudah alih yang paling canggih (di kalangan mahasiswa kita pada hari ini, termasuk di Ireland sendiri!), tetapi kita lupa bahawa kita hanya memiliki, tidak menciptanya!
(http://www.youtube.com/watch?v=pNAYuZKn9nQ)
Banyak negara yang pada hari ini mengaku mereka adalah sebuah kuasa Islam, sebenarnya hanya memiliki kuasa tersebut (jika pun ada!) hasil dari tempias kemajuan yang dimiliki oleh dunia barat. Biarpun dari sekecil-kecil batang jarum, sehingga ke sebesar-besar peluru berpandu (sekadar memetik kata-kata Syeikh Yusuf Qardhawi), kita yang pernah menguasai 2/3 dunia dengan ketamadunan yang diakui paling hebat, tidak mampu untuk menciptanya pada hari ini. (pernah mendengar bahawa Iran mampu, mencipta, tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya). Lalu dimanakah kehebatan Islam yang dibanggakan jika kita pada hari ini, menumpang kemajuan dan kehebatan dari mereka (dunia barat) yang sebenarnya mencedok Hikmah tersebut dari Islam, milik kita? Adakah kita begitu lemah sehingga hanya mengharapkan orang lain yang mentela’ah buku rujukan kita, sedangkan kita hanya leka menanti, yang mana akhirnya kebijaksanaan adalah milik orang lain (tukang mentela’ah) tersebut? Dan pasti, jika kebijaksanaan itu dikongsi dengan kita (si pemilik buku rujukan), ianya hanyalah kurang dari separuh apa yang didapati daripada si pentela’ah.
Bayangkan si pemilik buku sebagai Umat Islam, si pentela’ah sebagai Dunia Barat yang menolak Islam, dan buku tersebut adalah Al-Quran yang di dalamnya penuh Ilmu untuk diteroka. Tidakkan kita rugi? Al-quran adalah milik Umat Islam, tetapi manfaatnya milik umat yang menolak Islam.
Maka disinilah fungsinya mahasiswa Islam yang cuba dijana. Kita harus kembali bangkit untuk menjadi sarjana Islam seperti meraka yang suatu masa dahulu mengegarkan dunia dengan ilmu yang tidak pernah dimiliki oleh orang selain dari mereka yang bergelar Islam. Campakkan dan buangkan jauh-jauh perasaan bangga terhadap Ibnu Sina , Al-khwarizmi, Ibnu Khaldun, jika kita tidak sedikitpun mencontohi mereka. Berasa malulah! Kita pada hari ini sebenarnya tidak langsung layak untuk mengaku mereka (sarjana-sarjana Islam dahulu) adalah saudara seagama dengan kita, kerana kita pada hari jauh ketinggalan daripada mereka, sedangkan dunia hari ini telah jauh terkehadapan. Dan sedangkan kitab yang dimiliki oleh mereka adalah kitab yang sama dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Lalu apa sebenarnya masalah kita?
Masalahnya ialah, kita menjauhi Al-quran dan juga penghayatanya. Kita asingkan Al-Quran dari kehidupan dunia kita. Kita sisihkan Al-quran dari amalan seharian. Kita ceraikan Al-Quran mengikut bab-bab yang hanya kita suka, Dan kita campak yang kononnya tidak sesuai dengan dunia moden. Itu masalah kita. Belum lagi bercerita tentang Sunnah Rasulullah S.A.W yang entah di mana prioritinya dalam kehidupan seharian kita.
Sedarlah, setiap kemajuan ada permulaan. Kaki yang kini berlari, pasti dahulunya pernah menapak selangkah; kecil-kecilan.
Dan kita harus bermula. Bersarapanlah dengan Al-quran, dan buailah mata kita pada malam hari juga dengan Al-Quran.
Hayatinya dan fahaminya. Tangisi kesedihannya, Takutilah amarannya. Bergembiralah dengan jaminannya. Dan cintai Pemiliknya, rindui kekasihNya.
Pasti Islam milik kita!

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home