Ukhuwwah yang mendasari kesatuan mahasiswa
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, setiap masa bekerja untuk keperluanmu, dan seorang yang sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu
-Saidina Ali karamallahu wajhah-
Sahabat mahasiswa yang dikasihi,
Teras kepada kebangkitan mahasiswa samada di dalam mahupun luar negara, mahu atau tidak, adalah tidak dapat lari daripada pemupukan ukhuwwah yang menjadi dasar kepada kesatuan seluruh daripada kita. Ukhuwwah, ataupun hubungan persahabatan akrab yang ikhlas hanya keranaNya sering kali dikesampingkan dek kerana, kurangnya kefahaman dan penghayatan terhadap nilainya, yang harus dipupuk dengan segala jerih payah kesabaran, kelembutan dan keikhlasan hati manusia-manusia yang berhajat padanya. Dan daripada kegagalan mengharungi proses inilah, kita, mahasiswa khususnya, tidak mampu untuk membina kesatuan yang dihajatkan, seterusnya membawa kepada kegagalan memperjuangkan suara kebangkitan mahasiswa di mana-mana peringkat sekalipun.
Lalu kita sering bertanya apakah sebenarnya yang menjadi tunjang kepada ukhuwwah yang harus dibina? Adakah ukuhuwah yang dibina itu harus didasari atas semangat kenegerian? Atas tingkatan intelektual semata? Yang lemah akademiknya tidak boleh berukhuwwah bersama para ilmuwan? Atau ukhuwwah yang dimaksudkan itu adalah pada dasar usia?
Maka di sana Islam pantas memberikan penyelesaian, bahawa ukhuwwah tidak ternilai harganya apabila ianya tertegak atas kalimah mulia, iaitulah kalimah Lailaha Illallah Muhammad Rasullullah. Ukhuwwah yang didasari atas semangat yang mulia inilah, yang mampu mengikat hati-hati manusia, merentasi sempadan kenegerian, intelektualisma, dan usia, yang mana, mampu membuatkan ikatan ukhuwwah yang terbina itu, pasti kukuh, tidak terlerai dek hanya perselisihan yang bersifat khilafiah dan remeh.
Catatan sejarah kegemilangan Islam menjadi bukti kepada hakikat ini. Keutuhan persahabatan antara mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W menyaksikan hanya kematian yang mampu meleraikan dua jasad yang berkasih-kasihan atas kalimah mulia tersebut. Dan atas dasar ukhuwwah itulah juga yang telah menyaksikan tertegaknya kalimah Lailaha Illallah Muhammad Rasullullah di segenap penjuru dunia, seperti yang kita dapat rasai nikmatnya pada hari ini. Contoh yang diperlihatkan oleh kisah hijrah Rasullullah S.A.W bersama-sama Saidina Abu Bakr r.a, serta kisah Saidina Umar r.a yang terlalu menyayangi Rasulullah S.A.W sehingga dihunus pedangnya pada sesiapa yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah pergi buat selama-lamanya, menjadi bukti bertulis pada kita hari ini, betapa keutuhan nilai sebuah persahabatan yang didasari atas dasar yang tepat dan kukuh, mampu mengubah corak dunia, daripada jahiliyyah kepada sinar Islam yang cukup gemilang.
Begitulah juga halnya dengan kita mahsiswa pada hari ini, dalam keadaan kita yang bakal mencapai nikmat kemerdekaan 50 tahun, adakah kesatuan yang diharapkan telah terbina? Dan jikapun dikatakan terbina, atas dasar apakah ia dibina? Dan mampukah ukhuwwah yang dibina itu menjadi tunjang kepada kebangkitan suara mahasiswa yang kita canangkan, seterusnya menjadi agenda kepada perubahan dan pembangunan tanah air juga Islam secara amnya? Dan jika jawapannya masih kabur, maka seharusnya kita melakukan refleksi secara jujur bahawa nilai ukhuwwah yang kita punyai pada hari ini, masih jauh daripada yang dapat membuahkan sesuatu yang bermakna buat sebuah perjuangan mahasiswa, yang cita-cita akhirnya adalah menjadi pendokong kepada tertegaknya kalimah Lailaha Illallah Muhammad Rasullullah di seluruh pelusuk bumi Allah ini.
Usaha berterusan dalam proses pemupukan Ukhuwwah Fillah, haruslah berterusan, berpanjangan dan berpautan antara satu sama lain, kerana mustahil, ukhuwwah yang manisnya adalah pengorbanan, yang indahnya adalah air mata, akan terbina dalam satu hari. Bertepatan dengan kata-kata Saidina Ali r.a di atas, maka marilah kita bersatu hati dalam usaha ini. Sayangilah sahabat kita pada hari ini, hanya keranaNya. Dan sayangilah sahabat kita, hanya kerana Sunnah RasulNya. Dan sayangilah sahabat kita, hanya kerana Islam.
Demi Allah, Rasul dan Islam

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home