MAHASISWA ISLAM BERKUALITI PENJANA KEBANGKITAN UMMAH
PPIMI menjelang 3 dekad
Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) kini menjangkau suatu usia yang dewasa. Sedewasa usianya, begitulah juga dewasanya fungsi PPIMI dalam menjana kualiti mahasiswa di bumi Ireland ini. Bermula sebagai suatu gerakan pelajar yang hanya menumpukan usahanya pada mengerakkan usaha da’wah asas berbentuk usrah, PPIMI kini mengorak langkah yang lebih global apabila mampu untuk bergerak sebagai sebuah gerakan mahasiswa multifungsi yang seimbang dari usaha da’wah serta menjaga kebajikan mahasiswa di Ireland, khususnya di Dublin.
Maka pada hari ini kita mampu lihat, PPIMI mempunyai suatu kekuatan untuk menggerakkan program-program yang bukan sahaja menyentuh mengenai da’wah yang bersifat asas, tetapi program-program yang bersifat menyeluruh dan lebih global. Program-program seperti Cuti-Cuti Musim Bunga (CCMB), Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland (PUISI), telah pun diberi nafas baru agar ianya lebih segar dan memenuhi kehendak generasi mahasiswa alaf baru pada hari ini. Alhamdulillah, kita mampu berbangga apabila PUISI yang dijalankan baru-baru ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dari Ireland, tetapi dari United Kingdom. Malah kedapatan juga beberapa peserta yang datang dari luar UK dan Ireland.
Namun begitu, ini hanyalah sebagai suatu langkah permulaan yang masih jauh dari matlamat sebenar PPIMI dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak agama dan negara. Berobjektifkan memartabatkan Al-Quran dan Sunnah, maka PPIMI berhasrat membantu negara dalam membekalkan produk-produk berkualiti yang menjadi teras kepimpinan negara pada masa akan datang. Produk-produk berkualiti ini bukan sahaja mampu memimpin negara, tetapi mampu untuk menjadi modal yang berguna kepada Islam itu sendiri, yang mana matlamat akhir meninggikan semula Islam ke martabat yang tertinggi, akan mampu dicapai inshaAllah. Biarpun hasrat dan usaha yang dijalankan oleh PPIMI pada hari ini kelihatan kecil, namun, sebuah pantai yang kehilangan sebutir pasir, akan tetap dikatakan sebagai sebuah pantai yang kehilangan sebutir pasir. Tidak akan menjadi ia sebuah pantai yang lengkap, yang sempurna tanpa sebutir pasir yang hilang tersebut. Maka dengan kesedaran itu, biarpun usaha yang dijalankan ini sebesar butiran pasir, tetapi, tetap harus dijalankan bagi memastikan negara kita mempunyai generasi pelapis yang berkualiti.
Mahasiswa Islam berkualiti penjana kebangkitan ummah
Bertitik tolak dari hasrat tersebut, maka seharusnya mahasiswa sendiri mempersiapkan diri bagi menghadapi gelombang yang cuba dijana. Kita harus sedar, bahawa mahasiswa Islam yang berada di sini pada hari ini adalah pelaburan bernilai buat agama dan negara. Kita harus sedar juga bahawa, setiap sen yang dilaburkan ke atas diri kita, adalah amanah dan dituntut agar ianya dikembalikan dalam bentuk yang boleh dimanfaatkan oleh agama dan negara.
Sejarah membuktikan bagaimana kekuatan yang dibina di kalangan para mahasiswa mampu membantu mencorakkan kebangkitan Islam serta sesebuah institusi pemerintahan di sesebuah negara. Justeru, bagaimanakah seharusnya kualiti yang ada pada golongan-golongan tersebut yang dapat kita contohi? Jawapannya ialah keyakinan, kemahuan dan pengorbanan yang harus ada dalam diri setiap dari kita. Kita mesti yakin dan bersedia untuk membina keyakinan dalam diri bahawa mahasiswa Islam luar negara yang ada pada hari ini, mempunyai kekuatan dan potensi yang diperlukan bagi bagi mengubah diri sendiri, seterusnya masyarakat sekeliling dan negara pada akhirnya. Kita adalah aset negara yang teramat penting dan tanpa kita, yaknilah mahasiswa Islam yang berkualiti, negara akan kehilangan tonggak kepimpinan negara pada masa hadapan. Maka kita harus membina keyakinan tersebut, agar seterusnya kita mempunyai pula kemahuan untuk berubah dan memperbaiki diri.
Kemahuan untuk menjadi yang terbaik, untuk memperoleh yang terbaik, seterusnya untuk memberi yang terbaik kepada agama dan negara perlu untuk ditanam dan disemai mulai hari ini agar ianya tidak hilang ditelan masa. Kemahuan, yang diikuti oleh semangat sedia berkorban, akan menjadi faktor terpenting ke arah menjayakan misi bagi memartabatkan semula Islam dan negara kita di mata dunia. Sebagaimana firman Allah di dalam surah As-Soff ayat 10-11 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitulah) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, dan berjihad di jalan dengan harta dan jiwamu. Itulah yang terbaik buat kamu, jika kamu mengetahuinya”
Jelas kita dapat lihat bagaimana Islam menyatakan bahawa untuk menjadi yang terbaik, elemen pengorbanan tidak dapat tidak, mesti dimiliki dan dihayati, seterusnya di amalkan. Walaupun mungkin di sana, yaknilah perjuangan merubah diri menjadi yang terbaik kepada agama dan negara dari sudut seoarang mahasiswa, tidak menuntut kepada berkorban sehingga ke tahap menggadaikan nyawa, tetapi pengorbanan dari segi harta, masa dan tenaga amat perlu bagi merealisasikan apa yang telah kita sebutkan sejak tadi.
Gerakan mahasiswa luar negara yang malap
Disebalik harapan demi harapan yang dinyatakan pada kita, baik dari pihak persatuan-persatuan pelajar, pihak penaja mahupun pihak kepimpinan negara, keadaan mahasiswa luar negara, khususnya mahasiswa Islam tidak banyak berubah. Kita di sini tidak cuba untuk mencontohi rakan seangkatan di Malaysia di mana, di universiti-universiti tempatan, gerakan mahasiswanya cukup mengkagumkan. Mereka begitu aktif menjalankan program-program yang bersifat ilimiah yang menjadi medan beradu kekuatan minda bagi membincangkan apa sahaja isu berkaitan kemahasiswaan dan pembangunan negara.
Mahasiswa-mahasiswa tempatan jika dilihat, tidak perlu untuk disogokkan dengan program-program berbentuk hiburan semata agar menarik minat peserta untuk menyertai sesuatu program, diskusi, forum mahupun sebarang konvensyen. Apa yang dititikberatkan adalah ilmu serta penghayatan yang bakal mereka perolehi dari setiap program tersebut. Tetapi apa sudah jadi dengan kita di sini?
Kita di sini pada hari ini harus menunggu untuk sesuatu program tersebut dihiasi dengan hiburan yang menghiburkan, disajikan dengan makanan yang mengenyangkan serta pengisiannya pula mestilah sesuatu yang tidak memberatkan sebelum kita melangkahkan kaki yang berat, dengan hati yang berat, serta dengan minda yang berat untuk meramaikan majlis-majlis atau program-program berbentuk ilmiah anjuran mana-mana pihak. Kita tidak mempergunakan segenap peluang yang ada bagi mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu percuma yang ada di sekeliling kita. Ini adalah satu kerugian yang amat ketara bagi kita di sini. Bukan itu sahaja, malah merupakan kerugian yang besar kepada agama dan negara.
Maka dengan sebab itulah, PPIMI sendiri selaku badan gerakan mahasiswa Islam harus bersikap proaktif dalam mengadakan lebih banyak aktiviti yang bersifat intelektual seperti forum-forum, majlis-majlis diskusi bagi melatih mahasiswa membincangkan sesuatu isu secara terbuka, ilmiah, dan matang. Manakala ahli-ahli PPIMI, juga mahasiswa di luar sana, harus juga secara proaktif, mencadangkan kepada mana-mana badan pelajar, khususnya PPIMI agar segera menjalankan majlis perbincangan mengenai sesuatu isu, andai kata usaha tersebut lambat dijalankan. Kita mempunyai segenap saluran untuk dimanfaatkan seperti pihak-pihak kedutaan, MSD, JPA dan terbaru MARA, untuk sama-sama mengambil bahagian dalam diskusi-diskusi ilmiah yang dijalankan.
Saya dengan ini secara peribadi menggesa, agar program-program seperti lebih banyak dijalankan, dan supaya lebih banyak peruntukan diperuntukkan untuk menjayakan program-program yang sebegini. Ini kerana, manfaat serta faedahnya sangat besar untuk pembangunan mahasiswa yang cerdas mindanya, serta berkualiti sifat serta sikapnya.
Kita harus berubah daripada hanya berbangga menjadi pelajar-pelajar luar negara, yang diberi 600 euro sebulan, dan daripadanya berkemampuan pula untuk menjelajah ke seluruh Eropah. Bukanlah itu agenda utama negara menghantar kita semua ke sini. Akan tetapi, kita harus bersedia menggunakan peluang dan bonus yang diberikan tersebut untuk melakukan aktiviti-aktivti tersebut secara bermanfaat. Biarlah jelajah Eropah yang dilakukan itu mampu memberikan sekurang-kurangnya pengajaran yang berguna kepada kita betapa majunya masyarakat mereka pada hari ini berbanding dengan kita. Dan pengajaran yang sebegitu pula akhirnya mampu menggerakkan kita ke arah memperbaiki masyarakat di negara kita pula.
Aku-tidak-pedulisme harus dikikis
Sikap mahasiswa luar negara yang kini kurang menggerakkan minda membincangkan isu-isu semasa samada yang melibatkan isu kemahasiswaan ataupun yang lebih besar, isu kenegaraan, adalah sesuatu yang amat malang. Telah banyak isu dalam dan luar negara yang berlaku, namun mahasiswa luar negara membisu seribu bahasa. Tiada kata, tiada pandangan, tiada apa-apa. Adakah ini kualiti yang ingin kita jana dari jutaan ringgit pelaburan negara terhadap setiap dari kita?
Sikap mengambil tahu adalah sesuatu yang harus ditanam dan disemai dalam diri setiap dari kita. Bukan sahaja ingin mengambil tahu akan tajuk-tajuk pelajaran yang harus diulangkaji, tetapi harus juga mengambil tahu akan keadaan sekeliling yang berlaku. Perkara ini amat penting bagi membantu perkembangan minda mahasiswa yang seimbang. Dan amat penting bagi melahirkan mahasiswa-mahaiswa yang berkebolehan, yang serba mampu, yang luas mindanya tidak hanya tertumpu pada fakta-fakta buku akademik sahaja.
Maka dari hal yang sedemikian, bagi mengikis sikap yang sebegini, kita perlu mengorak langkah. Mengorak langkah ke arah sikap yang lebih positif, yaknilah sikap ingin mengambil tahu. Lebihkan banyak mengkaji isu-isu berkaitan kemahasiswaan baik dalam ataupun luar negara, begitu juga terhadap isu-isu yang kurang kaitannya dengan mahasiswa. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita meneliti sesuatu perkara atau yang terpampang di dada-dada akhbar ataupun di papan muka komputer, kerana yang hanya diperlukan adalah kemahuan. Dan kemahuan inilah yang harus dipupuk mulai sekarang. Bukan sahaja melalui akhbar, malah forum, seminar dan diskusi-diskusi yang selepas ini bakal dijalankan, haruslah mendapat penglibatan yang menyeluruh daripada seluruh mahasiswa yang berada di sini pada hari ini, agar mampu kita tunjukkan, kita adalah mahasiswa yang peduli.
Kecemerlangan akademik dan usaha da’wah yang seimbang
Walaupun apa yang dikatakan di atas menampakkan seolah-olah situasi menyelubungi mahasiswa luar negara pada hari ini seperti agak membimbangkan, namun saya berkeyakinan bahawa ianya akan bertambah baik dari semasa ke semasa. PPIMI sendiri pada hari ini mampu untuk berbangga dengan status keahliannya yang semakin berkembang. Alhamdulillah. Perkara ini memberi petanda bahawa kesedaran mahasiswa Islam luar negara pada hari ini sedikit demi sedikit semakin menampakkan minat untuk sama-sama terlibat dalam usaha membangunkan kembali martabat Islam, melalui usaha da’wah yang telah sekian lama menjadi tunjang kepada penubuhan PPIMI itu sendiri.
Kebangkitan yang sebegini inshaAllah akan menjanjikan kebangkitan usaha da’wah Islam bukan sahaja di rumah-rumah, tetapi juga pada masyarakat sekeliling tidak kira yang Muslim ataupun tidak, juga di peringkat yang lebih luas jika ianya tidak dibiarkan padam. Antara kaedah da’wah yang berkesan adalah dengan diri sendiri menjadi contoh da’wah yang utama, sebagaimana Rasulullah S.A.W adalah merupakan ‘uswatun hasanah’, yaknilah contoh teladan yang paling baik. Rasulullah telah menunjukkan kepada kita bahawa aset da’wah yang paling berharga adalah diri kita sendiri, melalui sikap dan akhlaq yang ditunjukkan.
Justeru, sebagai seorang mahasiswa Islam luar negara yang sentiasa sahaja menjadi perhatian masyarakat antarabangsa di sekeliling kita, kecemerlangan dalam bidang yang diceburi akan pertama sekali dinilai. Tidak kira apa jua bidang, perakaunan, perubatan, kejuruteraan, semuanya menjadi penilaian di mata masyarakat asing yang mana mereka sering mengaitkan Islam dengan kejumudan, dan ketidakmajuan. Adalah menjadi tanggungjawab kita memperbetulkan keadaan ini. Kita harus berani memikul tanggungjwab memaparkan nilai sebenar Islam di mata mereka, dengan membuktikan bahawa Islam dan kecemerlangan tidak mungkin dipisahkan.
Jangan dibiarkan juga, pandangan negatif bahawa golongan yang bergiat aktif menjalankan usaha da’wah telah sama sekali meninggalkan kehidupan dunianya. Ini adalah suatu pemikiran salah yang harus diperbetulkan. Islam tidak berkompromi dengan golongan yang sebegini, kerana ianya akan meninggalkan jejak-jejak fitnah ke atas Islam itu sendiri. Sesungguhnya, Allah melalui firmannya didalam al-quran telah menegaskan bahawa kita tidak seharusnya lupa kepada nasib kita di dunia ini walaupun sibuk mengerjakan ‘amal sebagai persediaan menuju akhirat. Di dalam konteks mahasiswa, kecemelangan di dalam bidang da’wah harus disusuli dengan kecemerlangan di bidang akademik, begitu juga sebaliknya, kerana Islam amat menekankan konsep wasatiah yaknilah kesederhanaan dalam apa jua bidang atau aktiviti yang dilakukan.
Salam perjuangan, salam kebangkitan mahasiswa luar negara
Ayuh sahabat-sahabat mahasiswa sekalian. Marilah kita berusaha ke arah menjadi generasi mahasiswa Islam luar negara yang baru. Tinggalkan segala perkara yang sia-sia. Kembalilah kepada apa yang dituntut ke atas kita sebagai seorang yang bergelar mahasiswa Islam. Kita selayaknya sedar bahawa, tanggungjawab mengembalikan martabat Islam itu tidak hanya terletak di bahu para anbiya’, para ‘ulama mahupun persatuan-persatuan Islam sahaja, tapi ianya terpundak di bahu setiap individu yang bersyahadahkan La ilaha illallah, Muhammad rasulullah.
Sesungguhnya perjuangan meletakkan Islam di persada yang tertinggi, adalah suatu tugas yang amat mulia. Tidak harus ada perasaan takut, malu dan segan untuk melaksanakannya. Buanglah jauh-jauh pemikiran ‘aku tidak layak’ dalam menjalankan usaha yang mulia ini kerana sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sampaikanlah mengenaiku (yakni Islam) walaupun dari sepatah kata”
Subhanallah.
Kesibukan kita dalam urusan akademik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita bagi menyampaikan risalah yang mulia ini, iaitulah Islam. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berusaha memperbaiki diri, memperbaiki masyarakat dan negara, dengan meletakkan Islam sebagai paksi utama usaha pembaikan ini.
Marilah juga kita berusaha, menjadi suatu generasi mahasiswa Islam luar negara yang benar-benar faham akan tanggungjawab serta peranan yang bakal dimainkan sebaik pulangnya kita ke tanah air kelak. Yakinlah, bahawa sesungguhnya, kita adalah generasi mahasiswa yang mampu mencorakkan agenda pembangunan dan kemajuan negara berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga adalah golongan yang bakal memartabatkan Islam bukan sahaja di Malaysia, tetapi di mana sahaja kita berada. Di mana bumi dipijak, disitu jahiliyyah diinjak dan Islam ditegak.
Dan harus diingat, semua harapan ini, hanya akan dicapai setelah tercapainya kita sebagai seorang mahasiswa yang berani, yang yakin, yang matang dan berkualiti. Kepada seluruh ahli PPIMI, selalulah bertanya pada siri sendiri, apa yang mampu untuk disumbangkan kepada PPIMI, bukannya bertanya merengek apa yang sudah dan bakal PPIMI sajikan pada kita. Sumbangkanlah walau setitik peluh, kerana pasti, Allah akan mengganjarkannya, buat bekalan bertemu denganNya di hari kemudian.
Akhirnya, marilah kita bersama-sama keluar dari selimut kemalasan yang menebali hati kita pada hari ini, dan bersama menuju ke arah era mahasiswa Islam yang aktif dan berdaya saing. Agama dan negara menanti sesuatu yang berharga dari kita!
Wallahua’lam.
‘Demi Allah, Rasul dan Islam’

Labels: mahasiswa luar negara, ucapan