AKU DAN ME...LAYU (written circa 2005,summer)
Orang melayu ,‘orang Mawi’ dan DEB
Muak rasanya apabila melihatkan saban hari isu Mawi dibincangkan lebih hangat daripada isu kemunduran masyarakat melayu di bumi bertuah Malaysia ini. Besar sangatkah mawi sehingga cendekiawan berbangsa Melayu berbahas mengenai keunggulan Mawi yang entah bila akan hilang dari minda orang melayu yang cintakan Mawi!
Namun begitulah hakikatnya kita orang melayu. Dalam kekalutan kita berhempas pulas mengerah kerimat otak memikirkan bagaimana meningkatkan kembali maruah bangsa melayu di mata dunia, masih ada manusia bernama melayu lebih sibuk memikirkan bagaimana untuk memartabatkan Mawi di pentas hiburan. Malah mereka ini sanggup pula berbalah di dada-dada akhbar menegakkkan semangat ‘keMAWIannya’. Suatu yang amat menjelekkan minda.
Apabila penulis terfikir untuk menulis mengenai isu ini, penulis termenung sejenak apakah penulis juga tergolong dalam golongan melayu yang suka berbicara mengenai kemegahan nama Mawi tersebut. Lihat sahaja tajuk di atas. Mungkin sekali pandang, ‘ah, Mawi lagi!’. Ya , penulis terpaksa mengakui, Namun, intonasi tulisan ini adalah dalam nada yang begitu jelek dan muak untuk memperkatakan lagi mengenai orang melayu dan nilai-nilai murah yang ada dalam minda kita,
Bayangkan betapa peningnya masyarakat kita pada hari ini yang sama-sama meletakkan isu martabat bangsa melayu setaraf dengan kemelut untuk memilih siapakah bakal juara rancangan AF3. Bayangkan juga betapa dangkalnya pemikiran masyarakat melayu yang lebih mengetahui kehebatan Mawi dari kepentingan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam menggubah nasib bangsa melayu yang saban hari dihakis kerana kelalaian sendiri. Dan bayangkan juga kemerosotan kesedaran orang melayu yang lebih peka terhadap berapa peratuskah undian SMS yang diterima oleh mawi untuk hari ini berbanding dengan berapa peratuskah pegangan ekuiti orang melayu dalam syarikat-syarikat besar di negara sendiri?
Tidakkah kita berasa malu apabila hari ini Datuk Seri Chua Jui Meng, seorang yang bukan melayu menyokong tindakan perdana menteri kita serta naib pemuda umno yang berusaha untuk mengembalikan maruah melayu melalui pengenalan semula DEB. Manakah perginya sokongan orang melayu yang nasibnya entah bila pula akan ditilik oleh mereka yang bukan dari darah daging sendiri? Kita tidak pernah berkata ya atau tidak terhadap rancangan-rancangan kerajaan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup bangsa melayu, tetapi lebih sibuk dengan ‘ya’ atau ‘tidak’ terhadap Mawi, yang belum tentu menghargai walau secebis sokongan anda terhadapnya!
Salah siapa? Media atau minda? Melayu atau Mawi? Kerakusan media dalam menyogok minda anak melayu yang tidak ditebali dan didasari oleh iman dengan kehebatan Mawi saban hari, memang cukup sempurna dalam membuahkan hasil yang amat meloyakan. Gabungan kerakusan media dan kelemahan minda anak melayu memang hebat. Hebat dalam menghasilkan suatu generasi bangsa melayu yang tidak lagi ghairah dalam membicarakan nasib anak bangsanya, tetapi lebih sibuk untuk mengangkat Mawi ke persada dunia.
Penulis sedar, tulisan ini mungkin akan membangkitkan lagi kemarahan ‘orang Mawi’. Ataupun mereka sudah tidak kisah, asalkan Mawiku bahagia? Dan mungkin juga orang bukan melayu sedang bergelak ketawa di luar sana apabila melihatkan orang melayu lebih hebat dalam memperincikan soal Mawi daripada bagaimana untuk mengembalikan kedaulatan orang melayu yang sudah semakin tipis dek sikap sendiri yang tidak ada keinginan untuk berubah. Namun, penulis hanyalah ingin mengajak kita semua supaya kita kembali meletakkan landasan pemikiran dan minda kita di tempat yang lebih aula’ daripada menjumudkannya kepada perkara-perkara yang tidak langsung menjadikan kita sebagai suatu bangsa yang glokal dan mampu untuk bersaing di persada negara sendiri, apatah lagi di arena antarabangsa.
Apabila penulis menyoroti kembali kemelut isu-isu dalam negara khususnya yang menyentuh mengenai untung rugi nasib orang Melayu, penulis sayu apabila masih terdapat segelintir kita yang masih mampu untuk berbicara soal yang amat remeh. Malah menjadikan soal remeh ini sebagai suatu bahan kajian akademik pula. Inikah taraf pemikiran kita orang-orang melayu? Inikah hasilnya usaha kerajaan sejak bertahun-tahun untuk melahhirkan golongan professional melayu, tetapi yang dapat hanyalah golongan profesional yang hanya mampu untuk menjadi ‘pengundi senyap’ Mawi? Berbaloikah?
Penulis tidak mampu untuk mengubah minda orang melayu hanya melalui tulisan yang mungkin berbaur emosi yang keterlaluan. Terpulang kepada minda untuk menerima nya. Tidak guna pemimpin kita lantang berbicara mengenai soal maruah melayu, pegangan saham melayu, kebolehan melayu, dan segalanya melayu, tetapi marhaen di bawahnya, lebih ghairah mengangkat Mawi sebagai agenda perbicaraan utama. Apalah guna DEB untuk memperbanyakkan wang orang melayu, tetapi wang yang banyak dihabiskan demi Mawi yang satu.
Wallahua’alam wassalamualaikum warah matullah